Pengenalan

Hoki

Ringkasan Eksekutif
Hoki puteri adalah satu program ke arah memartabatkan sukan hoki dalam kalangan pelajar SMK Puteri. Program ini memberi peluang kepada semua pelajar untuk menguasai segala kemahiran asas dan lanjutan sukan hoki dengan lebih mendalam supaya mereka boleh menghadapai cabaran di peringkat yang lebih tinggi serta dapat menghadapi cabaran globalisasi.
Pencapaian sukan hoki yang cemerlang sejak awal penubuhan Program Bakat Tunas Cemerlang MSN/MSSM pada tahun 2000 hingga 2007 dan kini di bawah Program Sukan Prestasi Tinggi d bawah KPM telah membuktikan bahawa pelajar SMK Puteri dapat menguasai sukan ini dengan cemerlang. Buktinya SMK Puteri seremban kini telah menjuarai Kejohanan Hoki Bakat Tunas Cemerlang Kebangsaan, naib johan pada tahun 2001 dan mendapat Anugerah Penjaga Gol Terbaik serta mendapat tempat ketiga pada tahun 2002.

Objektif
  • Menyeimbangkan pencapaian sukan hoki dan akademik di kalangan pemain-pemian hoki sekolah
  • Melatih pemain-pemain hoki secara konsisten dan sistematik untuk mejadi juara di peringkat negeri dan kebangsaan serta dapat bersaing di peringkat antarabangsa
  • memastikan guru-guru penasihat hoki dan guru-guru lain memperolehi ilmu dalam aspek kejurulatihan, kepegawaian dan kepengadilan hoki
  • Menghasilkan pelapis pasukan remaja kebangsaan
  • Mewujudkan pasukan ' quater master ' bagi kejohanan hoki
  • Memastikan sebilangan besar warga sekolah boleh bermain hoki dan mempunyai pengetahuan tentang hoki
  • Memastikan sebilangan besarwarga sekolah boleh bermain hoki dan mempunyai pengetahuan tentang hoki
  • Memastikan guru-guru Smk Puteri mengetahi aspek pengelolaan kejohanan hoki

Carta Organisasi Bidang Kebitaraan Hoki
SMK PUTERI 2012

PENGETUA
PN HJH AZIZAH BT MOHD NOR 

PENOLONG KANAN 1
PN HJH JAMEAH BT BASAR

PENOLONG KANAN HEM
PN NORAHASHIMAH BT MOHAMMAD

 PENOLONG KANAN KOKO
PN POZIAH BT ABD.JALIL

PENYELARAS/JURULATIH
DATIN NURUL HIDAYAH SEAH BT ABDULLAH

PEN.PENYELARAS/JURULATIH
DATIN NURUL HIDAYAH SEAH BT ABDULLAH

PEN.PENYELARAS
TN HJ MOHD NASIR BIN PUTEH
PN ASIAN HUSNA BT ABDULLAH
CIK NUR HIDAYAH BT MD YUSUF

MANDAT/DASAR
" Sekolah Kluster melaksanakan autonomi terpimpin dengan memastikan pentadbiran sekolag akur dengan Akta Pendidikan Kebangsaan 1996, Perintah Am dan Arahan Pendidikan serta Akta Tatacara 1957 , Pekeliling Perbendaharaan dan Surat Siaran/Garisan Panduan Kewangan."

( Kesimpula Mesyuarat Penyelarasan Dasar Pelaksanaan Autonomi Sekolah Kluster Kecemerlangan pada 31 Mac 2008)

VISI SEKOLAH
MELAHIRAN MODAL INSAN KELAS PERTAMA


MISI SEKOLAH
MELAHIRAKAN INSAN TERBILANG DALAM KURIKULUM , KOKURIKULUM
MENJUNJUNG DISIPLIN DAN SAHSIAH MULIA MELALUI SISTEM PENGURUSAN  DAN PENTADBIRAN BERKESAN
PERSEKITARAN KONDUSIF DIRESTUI KOMUNITI

VISI KEBITARAAN HOKI
SERIKANDI TERBILANG HOKI


MISI KEBITARAAN HOKI
MELAHIRKAN GENERASI HOKI YANG CEKAL , BERDAYA SAING DAN DISEGANI MELALUI PENDIDIKAN TERANCANG BERTERASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA


Latar belakang
Sukan Hoki di Smk Puteri telah dimartabatkan sebagai salah satu niche area dalam  Program Kluster Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri. Pentetan itu dengan penarafan ini maka seharusnya sukan hoki dibangunkan lagi ke tahap kecemerlangan yang dikehendaki sesuai dengan taraf kluster itu sendiri.
Mencemerlangkan sukan hoki di SMK Puteri perlu dilaksanakan dengan teratur dari segi sumber manusia, kepakaran jurulatih, kelengkapan , program latihan , pemakanan dan perlu seiring dengan pencapaian akademik yang baik di kalangan pelajar yang terlibat. Dalam program kluster ini juga akan melibatkan kepakaran-kepakaran dari institusi pengajian tinggi tempatan dan beberapa program pertukaran pelajar atau sekolah berkembar antarabangsa . Apabila sukan hoki di peringkat nasional dan antarabangsa sehingga sekolah ini dikenali hingga ke luar negara.
Pasukan Hoki SMK Puteri merupakan sebuah pasukan hoki yang desegani oleh sekolah-sekolah lain di malaysia kerana telah terbukti setakat ini pasukan hoki SMK Puteri telah menunjukkan kecemerlangannya.


Rumusan 
Pembiayaan program pembangunan hoki di SMK Puteri melalui peruntukan sekolah kluster ini telah melonjakkan kecemerlangan kebitaraan sekolah dalam bidang sukan. kelengkapan peralatan , kemudahan prasarana dan kepakaran jurulatih dapat menampung keperluan pembangunan sukan itu untuk terus bergerak aktif dan akhirnya mencapai kejayaan dan kecemerlangan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Keupayaan dan potensi pelajar dapat dikembangkan seterusnya menjadi pelajar aktif dan mempunyai "Multiple Intelugence".Pelajar harus diberi peluan untuk menunjukkan bakat mereka di sampaing memiliki kemahiran untuk bersedia menjadi warga Malaysia yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.